[VIDEO] ‘Saya tak pernah merasa makan mewah macam ni’

2 hours ago 2

PETALING JAYA – Reaksi seorang anak yatim yang pertama kali merasai makanan disifatkannya sebagai mewah dalam satu masjid berbuka puasa, mengundang sebak dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi video dikongsikan seorang pengguna TikTok Alyaandzirah, wanita itu berkongsi kisah sewaktu menghadiri majlis berbuka puasa berkenaan yang turut dihadiri tetamu dalam kalangan anak-anak yatim.

“Hari ni berkesempatan untuk berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Masa masuk dewan, perasaan ni dah mula sebak. Raya semakin dekat, tapi dia orang tak pernah merasa beraya bersama mak ayah. Masa nak buka puasa, suami saya uruskan adik-adik ni ambil air, makanan semua.
“Ya Allah, masa ni dalam hati semua rasa. Saya tanya adik ni, sedap tak makan dekat sini. Dia jawab, ‘sedap kak, saya tak pernah merasa makanan mewah macam ni’. Perasaan masa tu Allah saja tahu. Air mata dah tak boleh tahan.

“Saya tanya lagi, baju raya awak dah beli ke? ‘Dah kak’. Hal paling menyedihkan, dia tanya, ‘kak ada lagi tak mak ayah?’. Semoga suatu hari nanti awak berjaya dik,” menurut kisah dikongsikan wanita itu pada kapsyen video.

Perkongsian itu mengundang reaksi sedih daripada orang ramai, malah mereka turut mendoakan kanak-kanak lelaki itu berjaya di dunia dan akhirat.

“Saya pun, hari tu buka puasa dengan anak-anak yatim. Tapi saya duduk jauh, tak sanggup wei, saya pun hati tisu,” komen pengguna TikTok Umi Kyal Mikhail.

“Nangis baca, faham sangat apa yang anak yatim rasa sebab kita pun yatim piatu daripada umur 13 tahun,” kata Fatihah Fauzi.

“Semoga adik dalam rahmat Allah selalu,” kata Cintashop. – KOSMO! ONLINE

@alyaandzirah maaf kak hanya mampu bagi kata semangat dn doa utk awk , semoga sentiasa dalam rahmat dn lindungan allah selalu 😭❤️❤️❤️ #fyp #anakyatim #ramadanbersamanakyatim #sedih #raya ♬ original sound – AKI Seruling
Read Entire Article
Pertanian | | | |