PETALING JAYA – “Hanya mampu melihat kemusnahan yang terjadi. Nak salahkan siapa pun, tak berguna.”
Itu antara luahan orang ramai yang meluahkan kekecewaan dan kesedihan susulan keadaan terkini Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu yang teruk diancam hakisan akibat ombak.
Pengguna media sosial, @DrHairil TTS menerusi hantarannya mendakwa, dianggarkan bahawa kira-kira 100 hingga 150 meter pantai telah pun tiada.
“Pantai Batu Rakit semakin terhakis. Pihak mana ada rasa tanggungjawab, silalah pikul tanggungjawab tu,” katanya lagi.
Perkongsiannya itu meraih perhatian netizen yang rata-rata mengakui turut terkesan dengan keadaan tersebut lebih-lebih lagi penduduk di sekitarnya.
“Tak sangka teruk terhakis. Barangkali kuat sangat ombak, besar pula tu. Orang kata kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,” komen @Azuraarifin.
“Adakah kita nak salahkan takdir sepenuhnya sedangkan apa yang berlaku atas bumi ni (kesan) daripada tangan-tangan manusia,” ujar pengguna yang lain.
“Pantai dan rakyat Batu Rakit, Terengganu menangis,” kata @Ab Razak Ismail.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, struktur benteng di Jalan Mengabang Telipot-Batu Rakit, yang sedang dibaik pulih selepas mengalami runtuhan kira-kira dua bulan lalu, sekali lagi diancam hakisan akibat ombak sepanjang musim Monsun Timur Laut. – KOSMO! ONLINE
@hairilmohd Pantai Batu Rakit semakin terhakis. Anggaran 100-150m pantai telah tiada. Hanya mampu melihat kemusnahan yang terjadi. Nak salahkan siapa pon tak berguna. Pihak mana ada rasa tanggungjawab, silalah pikul tanggungjawab tu. Koho Lok Koho Punoh #banjir #hakisanpantai #baturakit ♬ original sound – R&N Channel – TheNangnii Channel
1 hour ago
1
![[VIDEO] ‘Ganjaran RM1,000 kalau jumpa kucing ni’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-01-at-8.39.55-PM.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kurus setahun duduk dalam tong…minum air ja’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-01-at-7.23.45-PM.jpeg)















































