Fei Fei Crab perkenal menu ketam tanpa cengkerang

2 hours ago 1

PETALING JAYA – Jenama masakan ketam terkenal di Malaysia, Fei Fei Crab memperkenalkan hidangan ketam tanpa cengkerang yang pertama seumpamanya di negara ini hasil kerjasamanya dengan jenama perisa Jepun, Kewpie.

Pelancaran ini adalah seiring kempen ulang tahun yang turut dilancarnya iaitu “Terima Kasih untuk 17 Tahun Rasa Hebat”.

Kerjasama tersebut  memperkenalkan lima hidangan bersama sos istimewa Kewpie yang diselitkan dengan kemanisan semula jadi ketam untuk mencipta pengalaman makan Timur-bertemu-Barat.

Ia terdiri daripada Ketam Tanpa Cengkerang Pedas Berkrim Jepun, Nasi Goreng Ketam Mentai Asap, Kotak Harta Kek Ketam Pedas Moonlight, Mi Kaca Daging Ketam Sejuk dan Salad Ketam Gaya Thai yang menyegarkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Fei  Fei Crab, inspirasi untuk menawarkan lima hidangan tersebut datangnya daripada  idea dan maklum balas pelanggan selama bertahun-tahun.

“Orang ramai menyukai kemanisan ketam tetapi sentiasa mencari lebih banyak variasi. Bekerjasama dengan Kewpie membolehkan kami bereksperimen dengan berani, menggabungkan perisa Jepun dengan resipi ketam istimewa kami.

“Hasilnya adalah sesuatu yang biasa dan mengujakan, persis jenis kejutan ulang tahun kami yang ke-17,” katanya.

Selain itu, pada masa yang sama, Fei Fei Crab mengumumkan pelancaran hidangan inovatifnya Ketam Tanpa Cengkerang yang menampilkan daging ketam yang baru disediakan dan tidak pernah dibekukan.

Inovasi ini menghilangkan kerumitan mencari ketam, membolehkan pengunjung menikmati intipati ketam dengan mudah.

Lantas ia menyerlahkan komitmen jenama terhadap kualiti dan dedikasinya untuk menjadikan masakan ketam lebih mudah diakses.

“Bekerjasama dengan Kewpie pada tahun penting ini mewakili lebih daripada sekadar pertukaran hidangan baharu dan jenama antarabangsa,  ia melambangkan antara hidangan baharu dan jenama tempatan kami, Bersama-sama, Kekal Sejati dengan Rasa, katanya.

Selain itu, sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahunnya, Fei Fei Crab juga menganjurkan kempen cabutan bertuah “Terima Kasih untuk 17 Tahun Rasa Hebat” yang berlangsung dari 11 September hingga 11 Disember ini dengan menawarkan hadiah bernilai lebih RM50,000.

Ganjaran termasuk pakej pelancongan ke Jepun, China dan Vietnam, baucar makan Fei Fei Crab dan bekalan produk Kewpie selama setahun. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |