TMT 2025: 700 sahut cabaran larian denai dua negeri

2 hours ago 1

DENGKIL – Acara larian denai Tunggul Melati Trail 2025 (TMT 2025) yang berlangsung pada 6 dan 7 Seotember lalu sekali gus menonjolkan daerah ini sebagai destinasi pelancongan sukan baharu.

TMT 2025 yang julung kali dianjurkan oleh Pasak Adventure berjaya menarik lebih 2,000 pengunjung dan 700 peserta melibatkan 13 negara.

Pengarah Pasak Adventure, Mohammad Fazreen Idham Mohd Jais berkata, ia bukan sahaja sahaja mendapat sambutan daripada pelari elit tempatan, malah turut menarik penyertaan antarabangsa.

Katanya Mohammad Fazreen, antaranya melibatkan peserta dari India, Britain, Filipina, Brunei, China, Singapura, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Amerika Syarikat, Iraq dan Thailand.

Menurutnya, TMT 2025 menawarkan tiga kategori perlumbaan merangkumi jarak 55 kilometer (km) serta 35 km dan 13 km.

“Laluan melibatkan pendakian di dua negeri, iaitu Bukit Tunggul (297 meter) di Dengkil, Selangor dan Bukit Melati (130 meter) di Nilai, Negeri Sembilan.

“Walaupun trek tidak menawarkan elevasi ekstrem, peserta diuji cabaran cuaca panas dengan laluan denai lebih 60 peratus daripada keseluruhan jarak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, TMT 2025 turut menampilkan ekspo pelancongan sukan dengan penyertaan 29 vendor tempatan.

Jelasnya, hadiah keseluruhan bernilai lebih RM33,000 ditawarkan kepada pemenang, termasuk wang tunai lebih RM10,000.

“TMT 2025 sememangnya unik kerana menggabungkan elemen sukan dan perniagaan dalam satu acara, sekali gus membuka ruang kepada pemain industri pelancongan sukan untuk berkembang.

“Kami jangkakan acara ini memberi kesan nilai ekonomi setempat melebih RM650,000,” katanya.

Acara itu diadakan dengan sokongan Tourism Malaysia, Tourism Selangor, Majlis Perbandaran Sepang, Malaysia Ultra Runners Association, Polis Diraja Malaysia, Sportsasia dan Gunung People. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |