[VIDEO] ‘Bertuah akak dapat menyanyi dengan Park Bogum’

2 hours ago 1

PETALING JAYA – “Apa rahsia kakak ini dapat nyanyi dengan Park Bogum? Akhir sekali itu, mak akak dah berkenan ke.”

Itulah reaksi ramai apabila pelakon terkenal berasal dari Korea Selatan, Park Bogum membuat persembahan ketika perjumpaan Bersama peminat #BeWithYou di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang wanita terpilih menyanyi bersama Park Bogum ketika perjumpaan peminat itu membuatkan ramai terhibur dan merasakan dirinya bertuah.

Dalam rakaman berdurasi 1 minit itu, seorang peminat yang terpilih secara spontan menyanyi bersama Park Bogum yang bermain piano di atas pentas.

Selepas tamat persembahan, peminat tersebut meminta untuk membuat video bersama sambil melambai ‘Hai mak’ kepada ibu sebagai video kenangan.

Terdahulu, kelihatan Park Bogum hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam ke perjumpaan peminat turut menjadi tumpuan ramai.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang cemburu dengan peminat wanita itu, malah berseloroh dengan situasi tersebut.

“Nanti bolehlah cakap ‘Dulu-dulu mak nyanyi dengan ayah dekat atas pentas ramai-ramai’,” komen @yaya_shrn

“Kau memang kuat kak, kalau aku yang pegang mikrofon itu dah bergetar tangan dah,” komen @lunastuck

“Kak yang bertuah itu, tolong post video ‘Hai mak’ dekat TikTok cepat,” kata Qil. – KOSMO! ONLINE

@mystoryeverydaytoyou Fans bertuah 🤭 #parkbogum #parkboguminkl #malaysia ♬ original sound – My story 🍀
Read Entire Article
Pertanian | | | |