Ramai ‘throwback’ gambar bertiga, berempat atas pelamin

2 hours ago 1

PETALING JAYA – Majlis pernikahan pelakon, Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman semalam yang ditemani Fatima di atas pelamin terus menjadi bualan pengguna media sosial hari ini.

Ramai yang memuji tindakan Fattah kerana membawa Fatima ke atas pelamin selain turut memberi pujian kepada Amira kerana dilihat berlapang dada menerima anak tirinya itu.

Bagaimanapun ada juga di antara netizen turut mempersoalkan kehadiran Fatima di atas pelamin.

Rentetan itu, ramai yang memuat naik semula gambar-gambar lama memaparkan pengalaman mereka di atas pelamin bersama anak tiri masing-masing.

Kebanyakan mereka berkata, ia merupakan pengalaman manis dan bermakna apabila disatukan di hadapan anak-anak.

“Saya pun ‘beli satu percuma tiga’. Kekal tenang, elok sahaja bergambar bersama, tiada masalah pun,” komen Ashiqin.

“Saya pun bergambar dengan anak-anak tiri masa hari nikah. Dekat pelamin lagi. Okay je, lagi gembira sebab dapat abadikan kenangan,” komen Noor Ain.

Sementara itu ada juga beberapa pengguna menasihati orang ramai agar tidak lebih sudu dari kuah dalam memberi komen terhadap rumah tangga pasangan artis tersebut.

“Biasalah budak, mengantuk, lepas itu ramai yang tumpukan perhatian pada dia. Memanglah dia nak berkepit je. Bagi saya ia bukan jadi satu masalah pun,” komen Nadhirah.

“Sebenarnya Fatima ok je, yang tak okay netizen ni. Lebih sudu dari kuah, boleh pula tahu isi hati budak hanya melalui gambar atau video semata-mata,” komen Hasanal.

Fatima merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Fattah Amin bersama Fazura setelah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Rentetan itu, hak penjagaan Fatima menjadi milik Fazura, manakala Fattah diberikan kebenaran lawatan dan bermalam.  – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |