Anak lelaki rogol kenalan perempuan, bapa nekad tak bayar jamin

3 hours ago 2

BATU PAHAT – Seorang bapa bertindak mengajar anak lelakinya meringkuk dalam jel apabila nekad tidak mahu membayar ikat jamin RM1,500 yang dkenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana yang mengaku bersalah merogol kenalan perempuan, awal bulan ini.

Tindakan lelaki berusia 40-an kerana mahu memberi pengajaran terhadap anak lelakinya berusia 16 tahun yang membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Terdahulu, lelaki terbabit menemani anak sulungnya bagi prosiding pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan dilihat beredar meninggalkan anaknya tanpa membayar ikat jamin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kenalannya berusia 15 tahun di sebuah rumah dalam daerah ini antara pukul 4 hingga 5.30 petang, 2 Jun lalu.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan jika disabit kesalahan.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat bapa tertuduh, remaja yang bekerja di kedai makan didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kenalannya ketika ibunya keluar bekerja.

Namun, pada hari kejadian, ibunya berusia 41 tahun pulang lebih awal daripada waktu sepatutnya sebelum melihat selipar perempuan berada di luar rumahnya.

Wanitu kemudiannya mengetuk pintu beberapa kali sebelum remaja itu membuka pintu. Pemeriksaan dalam bilik tidurnya mendapat terdapat seorang perempuan di dalamnya.

Malah, siasatan awal polis mendapati kedua-dua tertuduh dan mangsa mengaku mereka sudah melakukan hubungan itu sejak lama sehingga 16 hingga 18 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yang daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah menetapkan 16 Julai ini untuk sebutan fakta dan perintah serta laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap tertuduh.-KOSMO! ONLINE

Habis//

Read Entire Article
Pertanian | | | |