Piala Malaysia: Arif Aiman bukti layak bergelar MVP

16 hours ago 7

WIRA Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi memberikan ‘jawapan’ paling kukuh untuk menyandang gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024/25, baru-baru ini.

Persembahan Sri Pahang dilihat sedikit menenggelamkan aura Arif Aiman, namun kehebatannya tidak pudar apabila muncul wira JDT apabila meledak gol kemenangan sekali gus diangkat pemain terbaik perlawanan akhir.

“Sejujurnya saya sudah letakkan dalam diri saya, tiada erti berpuas hati sebab karier pemain bola sepak hanya sekejap. Kita tidak tahu sampai bila kita akan bermain.

“Jadi, pada usia sekarang saya kena bekerja keras, lupakan tentang kehidupan dan saya hanya fokus untuk bina karjaya sekali gus menjadi lebih baik. Kadang-kadang ramai yang tanya saya soalan seperti itu (cara keluar daripada kesukaran semasa perlawanan).

“Bagi saya, apa yang penting saya akan teruskan untuk mencuba sehingga saya berjaya. Kalau saya gagal dalam 10 percubaan, saya akan cuba buat kali ke 11,” katanya.

Jaringan kedua JDT yang dihasilkannya juga menyerlahkan kematangan Arif Aiman selepas dia menggunakan kemahirannya untuk melepasi kawalan pemain lawan sebelum melepaskan rembatan ke gawang lawan.

Mengulas lanjut tentang perlawanan kelmarin, Arif Aiman mengakui bukan mudah untuk menoktahkan kemenangan 2-1 kerana Sri Pahang berjaya hadir dengan permainan baik hingga beri kesukaran kepada JDT.

“Sri Pahang berjaya memberi tentangan sengit, tetapi kami sebagai satu pasukan tetap bermain bersungguh-sungguh walaupun terlebih dulu ketinggalan. Kami tetap percaya yang jaringan akan hadir.

“Ini bukan soal saya saja, tetapi kerja keras kami sebagai satu pasukan untuk mendapatkan jaringan kedua. Kami sentiasa bekerja dan mencuba kerana kami mahu memenangi perlawanan ini,” katanya.

Read Entire Article
Pertanian | | | |