‘Usah bimbang bagasi anda semua selamat’

2 hours ago 4

MADINAH – Jemaah haji tidak perlu bimbang dengan keselamatan bagasi masing-masing atau risiko kehilangan apabila ia bakal diuruskan dengan baik oleh petugas terminal lapangan terbang di sini.

Pengurus Terminal Lapangan Terbang Madinah, Muhammed Fairus Ahmad Aripin berkata, bagasi-bagasi besar dhuyufurrahman tersebut bakal diuruskan dengan baik supaya akan sampai ke tangan mereka ketika tiba di bilik-bilik penginapan.

“Skop tugas kami adalah bagi memastikan semua jemaah yang tiba dari Kuala Lumpur ke Madinah serta bagasi mereka diuruskan dengan sempurna agar mereka dapat suatu pengalaman iaitu hentian pertama untuk ibadah haji mereka sempurna.

“Jadi di terminal lapangan terbang Madinah kami mempunyai lapan petugas haji termasuk saya dan enam pembantu petugas yang akan mrnyantuni jemaah haji Malaysia sekalian.

“Kami akan dibahagikan kepada dua pasukan di mana satu pasukan akan menguruskan jemaah haji, manakala sebuah lagi pasukan bagasi jemaah. Para jemaah dan bagasi besar mereka akan keluar di pintu berlainan selain beg ‘hand carry’,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, cabaran yang mungkin dihadapi adalah di mana bagasi-bagasi mungkin lambat sampai di tempat pengumpulan dan tercicir ke kumpulan negara yang lain.

“Jika berlaku kami akan meminta bantuan-bantuan petugas Tabung Haji (TH) untuk mencari di tempat lost and found. Insya-Allah bagasi-bagasi yang tersasar tersebut akan dijumpai semula.

“Kes sebegitu dikhabarkan setiap tahun ada tetapi kita berjaya urus untuk dapatkan semula bagasi,” ujarnya memberi jaminan kepada para jemaah.

Dalam pada itu, anak kelahiran Tapah, Perak yang pertama kali bertugas di Tanah Suci menasihatkan para jemaah supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan.

“Power bank tidak boleh diletakkan dalam bagasi, barangan terlarang seperti ubatan, dadah yang berbahaya yang boleh menyebabkan tindakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi perlu dielakkan.

“Pastikan bagasi anda telah di’seal’ atau dikunci supaya mengelakkan kehilangan barangan serta sediakan pelekat bagasi diletakkan dengan jelas bagi memudahkan pihak kami melihatnya untuk dimasukkan ke dalam lori,” katanya.

Tambahnya, pasukannya akan menguruskan sekurang-kurangnya 250 bagasi para jemaah bagi setiap penerbangan yang tiba di terminal lapangan terbang Madinah. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |