Anugerah untuk penggiat inisiatif ESG

3 hours ago 3

KUALA LUMPUR – Pencalonan untuk ESG Plus Awards 2025 dibuka mulai sekarang dengan majlis penyampaian anugerah yang menobatkan pelbagai pemain, sektor dan individu yang cenderung melaksanakan ini­siatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bakal diadakan pada September ini.

Anugerah tersebut bertujuan untuk menonjolkan pemimpin berkaliber dan berinovasi dalam spektrum ESG sekali gus meraikan dan menghargai kepimpinan serta usaha yang telah dilaksanakan mereka selama ini serta mahu menjadikan ia sebagai platform penghargaan bagi peringkat antarabangsa.

Pengarah Magnate Media Sdn. Bhd. (Magnate Media), Jasmine Cheung berkata, melalui ESG Plus Awards 2025, pihaknya bukan sahaja memberikan pengiktirafan, tetapi juga ia sebagai platform ke arah perniagaan yang mencabar untuk memimpin akauntabiliti, melibatkan diri secara bermakna dan pertumbuhan secara stabil.

“Melalui kerjasama yang terjalin dengan Persatuan ESG Malaysia (ESGAM) untuk penganjuran anugerah ini, kami berkeyakinan ia akan dapat mewujudkan jalan yang akan membentuk kepada wacana ESG di seluruh rantau,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pemeteraian perjanjian antara The Exchange Asia melalui Magnate Media de­ngan ESGAM untuk penganjuran anugerah ESG Plus Awards 2025 di sini baru-baru ini.

Persatuan itu terlibat sebagai Penasihat Strategik dan juga Rakan Penghakiman bagi menjadikan penganjuran tersebut lebih berkualiti.

Cheung menjelaskan, melalui usaha sama tersebut, ia bakal menaikkan imej ESG Plus Awards sebagai platform pengiktirafan yang dihormati di peringkat serantau, selain memperkukuh­kan kredibiliti, ketelusan dan penjajaran dengan piawaian ESG global.

Anugerah itu terbuka kepada pelbagai kategori seperti syarikat senaraian awam, korporat, syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana, syarikat pemula serta individu yang aktif dalam ESG. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |