[VIDEO] Baju Melayu bukan dari India

6 hours ago 7

PETALING JAYA – Seorang aktivis sejarah tanah air menemplak kenyataan seorang pempengaruh yang mendakwa baju Melayu berasal dari India, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan menghina sejarah bangsa.

Menerusi satu video yang dimuat naik di platform TikTok oleh laman @The Patriots Asia, Helmi Effendy yang juga seorang penulis menyelar kenyataan pempengaruh bernama Amirul Ashraf yang menyatakan bahawa baju Melayu adalah pakaian tradisional India.

Dia menjelaskan bahawa sejarah Kesultanan Melayu Melaka mencatatkan larangan pemakaian pakaian bangsa asing, termasuk dari India, seperti yang diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah, Sultan ketiga dalam Kesultanan tersebut.

“Baginda melarang pemakaian daripada ‘atas angin’ dan ‘bawah angin’, yang merujuk kepada pakaian dari Arab, Eropah, India serta China,” katanya.

Dia turut memetik sejarah dari kitab Sulalatus Salatin yang menyebut peranan Tun Hassan Temenggong dalam mengubah suai rekaan baju Melayu, termasuk memanjangkan lengan baju dan membesarkan pangkal tangan.

Ruangan komen video itu turut dipenuhi pelbagai reaksi daripada netizen.

“Baju melayu memang tradisi orang Melayu. Kalau itu pakaian orang India, sudah lama artiste India da pakai costume ini dalam movie India,” ujar pengguna TikTok @SHAILANEE.

“Aku sokong 100 peratus,” kata @KOPI HITAM

“Terima kasih abang. Penerangan yang terbaik bersama fakta,” komen @venomkapan – KOSMO! ONLINE

@thepatriots.asiaAlang-alang kalau nak claim Baju Melayu tu dari India, lepas ni claim sekali je la kimono Jepun tu pun dari India. Simple. #bajumelayu #india #melayu #sejarah

♬ original sound – The Patriots Asia

Read Entire Article
Pertanian | | | |