
- Oleh KOSMO!
- 9 September 2025, 6:12 pm
PETALING JAYA – Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) meneruskan komitmen kebajikan dengan menyumbangkan 1,000 bakul makanan kepada keluarga kurang berkemampuan di daerah Pontian, Johor hari ini.
Istana Negara dalam kenyataan berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Mohd Anizam Jamian kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Datuk Jefridin Atan, serta Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, Haziq Abdul Latiff sebelum diagihkan kepada penerima.
“Majlis berlangsung di Dewan Homestay Kampung Parit Puteri Menangis bagi komuniti Kukup dan Dewan Terbuka Kompleks Penghulu Mukim Serkat bagi komuniti Benut.
“Setiap bakul makanan mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak bagi membantu kelangsungan hidup rakyat yang kurang berkemampuan,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE