Perak bentang RUU Kawalan Sekolah Agama Islam

13 hours ago 7
Saarani ketika bercakap pada sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!
  • Oleh FADZIL ZAINOL
  • 9 September 2025, 7:41 pm

IPOH – Kerajaan negeri Perak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025 bagi menggantikan undang-undang terdahulu membabitkan beberapa perkara termasuk sumber kewangan yang diperoleh secara sah.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad yang memegang portfolio agama Islam negeri ketika membentangkan RUU itu berkata, langkah itu penting bagi menggantikan peruntukan undang-undang sedia ada iaitu Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996.

“Antara penambahbaikkan dalam enakmen baharu adalah beberapa tafsiran seperti Ketua Pendaftar yang merujuk kepada jawatan utama yang mengetuai organisasi pendaftaran sekolah dan tafsiran premis bagi merangkumi apa-apa bangunan yang digunakan sebagai tempat yang berkaitan dengan sekolah,” katanya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Katanya, bagi memastikan kewujudan sekolah lebih terkawal, mana-mana individu yang ingin membuka sekolah hendaklah membuat permohonan penubuhan terlebih dahulu seperti diperuntukan dalam Fasal 6 iaitu Penubuhan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |