PETALING JAYA – Pasukan pancaragam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencuri perhatian apabila anggotanya menari ‘shuffle’ di atas padang ketika Tatu Tentera Darat bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Mizan Zainal Abidin.
Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Iamsyazani99, kelihatan kumpulan pancaragam ATM beraksi dengan penuh semangat sambil mempersembahkan rentak ‘shuffle’ yang menghiburkan.
“Lain macam pancaragam abang-abang ATM kita ini,” tulis pemilik akaun tersebut di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan meluahkan rasa kagum terhadap kreativiti yang ditampilkan.
“Memang zaman mereka membesar dengan shuffle, jumpstyle, dan techtonic,” kata @Dnishqall_.
“Yang pegang drum besar tu mesti tengah fikir aku nak buat style apa,” komen @Azmanpicasso.
“Dulu bapa kaki shuffle, lepas pencen bapa tukar bidang,” seloroh @Cendoldurian.
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 29,100 tanda suka, 271 komen dan 4,523 perkongsian. -KOSMO! ONLINE
@iamsyazani99 Lain macam pancaragam abang2 ATM kita ni😂 #perlis #jubliperak25tahun #tatutenteradarat #tenteradaratmalaysia ♬ original sound – nashbukannash – nashyyyhilang