PETALING JAYA – Sekumpulan kakitangan sebuah jabatan menarik perhatian ramai apabila menganjurkan jamuan raya bertemakan majlis kahwin bagi meraikan rakan mereka yang baru mendirikan rumah tangga.
Majlis perkahwinan pasangan pengantin itu diadakan di Sarawak baru-baru ini.
Dekorasi jamuan raya itu dilengkapi dengan pelamin, bunga telur, tepak sirih, hantaran, bunga manggar dan cenderamata persis majlis perkahwinan sebenar.
Menurut perkongsian video di TikTok oleh @Shiramansor, jamuan bertemakan perkahwinan itu dianjurkan kerana lokasi majlis resepsi pengantin tersebut yang jauh di Sarawak.
“Memandangkan pasangan mempelai buat majlis jauh nun di Sarawak. Tiada wakil jabatan berkesempatan untuk hadir. Jadi kami buat jamuan raya jabatan bertemakan majlis kahwin,” tulis pemilik akaun itu di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dan menyokong inisiatif kreatif tersebut.
“Kalau macam ini duit salam kaut bagi dekat pengantin atau penganjur?” kata @Syazanaazri.
“Wah seronok dapat tajaan penuh ini, diraikan macam ini semoga bahagia hingga ke jannah kedua mempelai,” kata @Ainpari283.
“Senang tiada istilah ambil cuti pergi kenduri masing-masing. Semua boleh pergi kerja, kenduri dengan jamuan raya,” komen @Hidayahazman. – KOSMO! ONLINE
@shiramansor Memandangkan pasangan mempelai buat majlis jauhh nunn di Sarawak, tiada wakil jabatan berkesempatan untuk hadir. Jadi kami buat Majlis Jamuan Raya Jabatan bertemakan Majlis Kahwin 👰🏻♀️🤵🏻 Siap ada pelamin, bunga telur, tepak sirih, barang hantaran, bunga mangga, goodies😂 #jamuanraya #kendurikahwin #selamatpengantinbaru ♬ suara asli – Eka Gustiwana