Permainan LEGO eratkan hubungan keluarga dalam suasana raya

10 hours ago 4

PETALING JAYA – Keterujaan kanak-kanak terhadap pelbagai gajet masa kini agak membimbangkan sehingga ada yang sanggup meninggalkan dan melupakan keseronokan bermain permainan menggunakan LEGO.

Namun isu tersebut masih boleh diperbaiki lagi dan Kumpulan LEGO telah menganjurkan pelbagai promosi untuk meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan muda dan kanak-kanak tentang penerokaan bermain permainan LEGO yang boleh menguji minda dan kesabaran dan kecerdasan akal serta fizikal.

Salah satu inisiatif terbaharunya adalah kempen bersempena musim perayaan ini iaitu Main Bersama, Eratkan Silaturrahim yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat berkeluarga meneroka keseronokan bermain sambil merapatkan hubungan sesama keluarga tidak kira yang tua ataupun muda.

Bersesuaian dengan bulan Syawal yang menemukan semua keluarga, saudara mara dan sahabat handai, waktu lapang boleh diisi bersama dengan bermain permainan LEGO bricks yang menguji minda mereka mengikut kesesuaian permainan tersebut.

Tidak kira daripada kanak-kanak yang berusia di bawah setahun, Kumpulan LEGO telah menyediakan LEGO bricks yang bersesuaian dengan warna-warna yang cantik untuk menarik perhatian si cilik.

Bagi mereka yang berusia di bawah 12 tahun pula, saiz LEGO bricksnya lebih banyak dan kecil serta memberi cabaran menarik untuk bermain dan menyiapkan binaan masing-masing.

Selain menikmati makanan dan minuman yang disediakan di rumah terbuka, permainan LEGO bricks ini boleh dijadikan satu acara menarik kepada tetamu yang berkunjung untuk berhibur dan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan dan persahabatan.

Warga emas seperti datuk dan nenek juga boleh memainkan peranan untuk mencabar si cilik dan juga si manja mereka untuk membina sesuatu yang istimewa dalam pertemuan keluarga tersebut selain menjemput kawan untuk turut sama bermain.

LEGO bricks menyediakan pelbagai pilihan yang tidak terbatas, yang boleh membawa sentuhan kreativiti kepada tradisi Ramadan dan Raya sambil mengukir memori indah bersama.

Baru-baru ini, LEGO Malaysia telah melancarkan peraduan media sosial  #LEGOMYKampungBestie yang telah berakhir pada 24 Mac lalu dengan menawarkan hadiah set LEGO menarik bernilai lebih RM2,400.

Selain itu, pembeli boleh menebus paket Raya LEGO tempoh terhad dengan perbelanjaan minimum RM88 bagi sebarang pembelian set LEGO (selagi stok masih ada) manakala dari 10 Mac hingga 6 April lalu, syarikat menawarkan diskaun 20 peratus akan diberikan bagi pembelian set LEGO. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |