PETALING JAYA – Lima lelaki warga Pakistan merupakan penyelamat pertama yang cuba membantu mangsa terlibat kebakaran akibat paip gas bocor di Putra Heights mendapat liputan dari pihak media negara tersebut, 92 News.
Melalui satu klip video yang kini tular di laman media sosial, liputan tersebut dikatakan melalui jemputan Datuk Seri Babar Shahzad di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan lima lelaki Pakistan tersebut antara orang terawal yang berkongsi detik-detik cemas terdengar jeritan mangsa letupan dan kebakaran saluran gas di Kampung Tengah pada Selasa lalu.
Lima lelaki Pakistan itu menjadi wira selepas nekad menyeberangi sungai untuk membantu mangsa-mangsa letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya.
Foto serta klip video kelima-lima lelaki warga Pakistan tersebut yang sedang berenang menyelamatkan mangsa yang terselamat turut tular di media sosial baru-baru ini.
Salah seorang lelaki Pakistan itu, Amir Nawab, 48, berkata, dia dan rakannya terpaksa mengambil risiko bagi menyelamatkan kanak-kanak yang berenang menyeberangi sungai tersebut.
“Saya beritahu mereka jangan turun ke sungai kerana bahaya, air terlalu deras. Disebabkan dia memakai serban di kepala, kami ambil dan pegang antara satu sama lain lalu merentasi di tepi sungai untuk bantu menyeberangi sungai tersebut.
“Kita tengok jadi kita mahu menolong dengan ikhlas. Kita pun tidak mahu melihat orang (mangsa-mangsa) mati macam itu sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
@jafar.ali4109 5 Pakistani heroes interviewed by 92 news at Kuala Lumpur, invited by Datuk seri Babar Shahzad. Thanks for the event. #malaysia #putrahights #5heroes #Pakistani ♬ original sound – Jafar Ali