PRK Ayer Kuning: Dr. Mohamad Yusri calon BN

5 hours ago 2
  • Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR dan MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
  • 7 April 2025, 5:04 pm
Mohamad Yusri (tengah) diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning dalam satu majlis di Command Center BN Perak di Kg. Tersusun Hj. Tahir, Temoh di Tapah hari ini. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TAPAH – Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang akan berlangsung pada 26 April hadapan.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Perak merangkap Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam satu majlis di Command Center BN Perak di Kg. Tersusun Hj Tahir di sini hari ini.

Beliau yang merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh memiliki Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Islam dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Selain itu, beliau juga mengepalai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu sebagai Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Tapah. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |