Pelajar jatuh asrama stabil, tindak balas positif

1 day ago 5
Gambar hiasan.
  • Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
  • 30 Ogos 2025, 9:31 pm

SHAH ALAM – Seorang pelajar tingkatan tiga yang terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam dilaporkan dalam keadaan stabil dengan tindak balas positif.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan pelajar lelaki itu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

“Mangsa telah menjalani prosedur khas bagi mengawal tekanan otak yang berjaya dilengkapkan dalam tempoh 48 jam pertama.

“Beri ruang kepada keluarga mangsa dan elakkan spekulasi yang boleh menjejaskan emosi mereka. Kerajaan negeri dan JKNS akan terus memantau dan memberi sokongan kepada keluarganya,” ujarnya.

Terdahulu media melaporkan, pelajar berusia 15 tahun tersebut berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah, Selasa lalu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |