Tetamu ketakutan lihat pentas roboh ditiup angin kencang

13 hours ago 6
Tangkap layar menunjukkan detik beberapa tiang mula senget sebelum tumbang di atas pentas. - TikTok
  • Oleh KOSMO
  • 12 Disember 2025, 6:30 pm

JAKARTA – Sebuah acara keramaian di Lamongan, wilayah Jawa Timur bertukar huru-hara apabila pentas roboh selepas dibadai hujan lebat dan angin kencang, lapor portal berita INews ID. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 1.38 tengah hari (waktu tempatan) di Kampung Puter baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @lamonganisme__ menunjukkan beratus-ratus tetamu sedang berteduh sambil melihat cuaca buruk yang melanda kawasan itu. 

Situasi bertambah cemas apabila tiang-tiang di sekeliling pentas mula senget lalu tumbang, menyebabkan orang ramai berlari sambil menjerit ketakutan. 

Selain pentas, angin kencang turut merosakkan dan menerbangkan beberapa rumah penduduk tempatan. 

Ketua Bahagian Kecemasan dan Logistik BPBD Lamongan, Ery Rosidi menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan meningkatkan kesiagaan.- AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |