PETALING JAYA – Presiden Donald Trump mengecam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang juga sekutu utama Amerika Syarikat (AS), susulan kurangnya sokongan terhadap perang AS-Israel ke atas Iran di saat Selat Hormuz masih ditutup, tanpa sebarang tanda konflik akan berakhir.
Menerusi laporan media antarabangsa, Trump menulis pada platform Truth Social pada Jumaat dengan mengatakan negara-negara NATO ‘pengecut dan kami akan ingat’.
Presiden AS itu berkata bahawa, negara NATO tidak mahu menyertai peperangan menentang Iran, namun masih mengeluh tentang harga minyak yang tinggi.
“Sekarang apabila peperangan itu secara ketenteraan telah dimenangi, dengan risiko sangat rendah untuk mereka. Mereka mengadu harga minyak tinggi yang mereka terpaksa bayar, tetapi tidak mahu membantu membuka Selat Hormuz.
“Satu operasi ketenteraan yang mudah merupakan punca utama harga minyak tinggi. Sangat mudah untuk mereka lakukan, dengan risiko sangat rendah,” tulisnya.
Sehubungan itu, Trump menggesa sekutu utama AS dan pihak-pihak lain yang tidak dirujuk berhubung perak itu untuk membantu memastikan keselamatan perkapalan melalui Selat Hormuz yang dikawa Iran.
Konflik berkenaan telah menggoncang pasaran global, membunuh ribuan orang serta jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal sejak serangan AS-Israel bermula 28 Februari lalu.
Dalam masa sama, United Kingdom pula mengumumkan pada Jumaat bahawa, AS kini dibenarkan menggunakan pangkalannya untuk menyerang Iran bagi tujuan ‘pertahanan diri kolektif di rantau ini’.
Pejabat Perdana Menteri, Keir Starmer menerusi kenyataannya, menteri telah bermesyuarat dan ‘mengutuk tindakan Iran meluaskan sasaran serangan termasuk perkapalan antarabangsa’.
“Mereka mengesahkan bahawa perjanjian membenarkan AS menggunakan pangkalan UK dalam pertahanan diri kolektif rantau ini termasuk operasi pertahanan AS untuk melemahkan tapak peluru berpandu dan keupayaan yang digunakan untuk menyerang kapal di Selat Hormuz,” menurut kenyataan itu lagi.- KOSMO! ONLINE

18 hours ago
10





![[VIDEO] Warga asing ‘piknik’ tepi kubur, mengemis wang di hari raya](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/PEMINTA-SEDEKAH-ROHINGYA-KUBUR.jpeg)










































