‘Terbakar kulit’ ziarah raya di Perlis, Kedah, suhu cecah 37°C

2 hours ago 2
Gambar hiasan
  • Oleh KOSMO!
  • 22 Mac 2026, 7:07 pm

PETALING JAYA – Sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) apabila mencatatkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, 14 kawasan itu melibatkan Perlis, Kedah iaitu Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Padang Terap dan Bandar Baharu serta Pulau Pinang iaitu Timur Laut.

Seterusnya Perak meliputi daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar, manakala Negeri Sembilan pula melibatkan daerah Rembau.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |