34 termasuk 18 bayi terperangkap tadika tenggelam banjir

10 hours ago 5
PASUKAN penyelamat melakukan operasi memindahkan bayi dan kanak-kanak yang terperangkap susulan sebuah tadika di Jalan Md Amin, Johor Bahru dilanda banjir kilat petang hari ini.
  • Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
  • 12 Disember 2025, 9:28 pm

JOHOR BAHRU – Seramai 34 mangsa termasuk 18 bayi di sebuah tadika di Jalan Md Amin di sini berdepan detik cemas apabila premis jagaan kanak-kanak itu dilanda banjir kilat susulan hujan lebat melanda bandar raya ini petang hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.26 petang, premis tadika berkenaan dinaiki air dengan pantas sehingga menyebabkan guru, bayi dan kanak-kanak serta tukang masak tidak sempat keluar menyelamatkan diri.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I Zakaria Mohamed berkata, seramai sembilan anggota diaturgerak bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

“Setiba di tempat kejadian didapati berlaku kejadian banjir di sebuah tadika di Jalan Md Amin.

“Terdapat 34 mangsa terperangkap terdiri daripada 18 bayi, 10 kanak-kanak, lima guru serta seorang tukang masak.

“Kesemua mangsa sempat pergi ke tempat tinggi di dalam tadika terbabit sebelum dipindahkan ke lokai selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |