Wanita dikecam ‘cop’ tempat pengecas EV

12 hours ago 5
  • Oleh KOSMO!
  • 7 Jun 2025, 3:08 pm
[2:59 pm, 07/06/2025] Kak Huda Kosmo: Wanita dikecam cop tempat cas kereta EV Oleh KOSMO! PETALING JAYA - Tindakan seorang wanita cop tempat pengecas kenderaan elektrik mendapat kecaman ramai. Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, wanita tersebut dilihat menunggu di tempat pengecas Tesla Destination Charger (TDC) sebelum didatangi kenderaan elektrik dengan nombor pendaftaran Malaysia. Bagaimanapun, wanita berkenaan bertindak menghalang pemandu tersebut dari memasuki tempat pengecas tersebut sebelum memanggil sebuah kenderaan elektrik dengan nombor pendaftaran negara seberang memasuki stesen pengecas berkenaan. Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan wanita serta pemandu kereta luar berkenaan kerana menggunakan stesen pengecas percuma. “Geram tengok budaya cop cop ini,” kata Mahd. “Patut kena tulis percuma untuk nombor pendaftaran Malaysia saja,” kata Haziq. Bagaimanapun, menurut seorang pengguna TikTok, stesen TDC tersebut boleh digunakan oleh semua kereta jenama Tesla dan bukan percuma untuk rakyat Malaysia sahaja. “Semua pengguna Tesla boleh guna, yang penting pakai Tesla,” katanya. - KOSMO! ONLINE [2:59 pm, 07/06/2025] Kak Huda Kosmo: Tangkap layar rakaman tersebut yang tular di TikTok.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita menahan (cop) tempat pengecasan kenderaan elektrik (EV) mendapat kecaman ramai.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, wanita tersebut dilihat menunggu di tempat pengecas Tesla Destination Charger (TDC) sebelum didatangi kenderaan elektrik dengan nombor pendaftaran Malaysia.

Bagaimanapun, wanita berkenaan bertindak menghalang pemandu tersebut dari memasuki tempat pengecas berkenaan sebelum memanggil sebuah kenderaan elektrik dengan nombor pendaftaran negara seberang memasuki stesen itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan wanita serta pemandu kereta luar berkenaan kerana menggunakan stesen pengecas percuma.

“Geram tengok budaya cop cop ini,” kata Mahd.

“Patut kena tulis percuma untuk nombor pendaftaran Malaysia saja,” kata Haziq.

Bagaimanapun, menurut seorang pengguna TikTok, stesen TDC tersebut boleh digunakan oleh semua kereta jenama Tesla dan bukan percuma untuk rakyat Malaysia sahaja.

“Semua pengguna Tesla boleh guna, yang penting pakai Tesla,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |