[VIDEO] ‘Pensyarah macam ni kehadiran pelajar mesti 100%’

4 hours ago 4

PETALING JAYA – Gelagat seorang pensyarah membawa alat permainan bagi menghidupkan suasana ceria di dalam kelas mengundang gelak ketawa dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi hantaran video TikTok Persatuan Pelajar Pendidikan Bahasa Inggeris, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam memperlihatkan pensyarah yang mesra dipanggil Madam Amie membawa pistol air dan beliau ‘menembaknya’ ke arah pelajar.

“Pelajar baharu, apabila anda masuk ke jurusan Pendidikan Bahasa Inggeris, pengalaman belajar secara santai akan menjadi sorotan dalam perjalanan anda,” menurut kapsyen dimuat naik.

Ia mendapat maklum balas pengguna media sosial lain terutama pelajar dan alumni di UiTM Puncak Alam yang pernah belajar bersama Madam Amie.

“Ya Allah Madam Amie, hari tu dia bawa baseball bat (kayu besbol) pergi kelas aku,” komen pengguna TikTok Lunaskiz.

“Dulu kelas kita orang dia ‘smash’ roti twiggies pakai baseball bat,” kata Rabenathemidget.

“Selalunya pensyarah macam ni kehadiran pelajar mesti 100 peratus,” komen Iamshiro.

“Pernah jadi pensyarah saya juga. Tenaga memang tak habis, tak pernah mengantuk dalam kelas. Nanti kalau dia sendiri dah bosan atau penat mengajar, dia buka muzik video K-Pop dan menyanyi sambil menari sikit. Baik-baik dalam kelas dia, dia tak kedekut markah,” komen Ayafrna. – KOSMO! ONLINE

@etsa_edu New students, once you’re in TESL course, fun learning experiences will be the highlight of your journey😂 Feel free to drop your questions regarding our TESL course in the comments section! #uitmpuncakalam #tesluitmpalam #TESL #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – 🎶🎧
Read Entire Article
Pertanian | | | |