‘Kita ada Trump, Putin dan Li Qiang, KL lockdown’

4 hours ago 4
Anwar berucap pada Majlis Ulang Tahun ke-50 Kumpulan AmBank dan makan malam perdana di Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
  • Oleh KOSMO!
  • 10 September 2025, 3:30 pm

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergurau mengatakan Kuala Lumpur akan dikenakan sekatan pergerakan sepenuhnya atau ‘lockdown’ pada bulan depan sekiranya tiga pemimpin dunia datang ke negara ini.

Mereka ialah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Presiden Russia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri China, Li Qiang bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 Oktober depan.

“Di sebalik isu tarif, Presiden Trump menelefon dan memaklumkan saya akan melawat Malaysia bulan depan bertepatan dengan mesyuarat ASEAN. Perdana Menteri Li Qiang juga akan hadir.

“Presiden Putin bertemu dengan saya di Beijing dan mengatakan beliau serius mempertimbangkan untuk datang ke Malaysia.

“Saya cakap, ‘okay kita ada Donald Trump, Vladimir Putin dan Li Qiang, jadi mereka akan perasan Kuala Lumpur dikenakan lockdown (sekatan pergerakan sepenuhnya)’,” katanya.

Gurauan oleh Perdana Menteri itu dinyatakan kepada berucap pada Majlis Ulang Tahun ke-50 Kumpulan AmBank dan makan malam perdana di Kuala Lumpur, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |