PETALING JAYA – Kumpulan AmBank mengakhiri sambutan ulang tahun ke-50nya
dengan majlis makan malam perdana di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang ditelah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Majlis makan malam itu mengumpulkan kepimpinan, rakan kongsi, pelanggan dan pengawal selia AmBank untuk memperingati lima dekad pertumbuhan, perkhidmatan dan sumbangan Bank tersebut.
Sempena memperingati jubli emasnya, majlis turut menampilkan pelancaran maskot unta AmBank dengan penampilan serba baharu, Aman.
Maskot itu pertama kali membuat penampilan sulung dengan kontinjen AmBank semasa Perarakan Kemerdekaan Negara ke-68, memaparkan intipati perpaduan,
kemajuan dan kebanggaan negara.
Pengerusi Emeritus dan Penasihat Kehormat,Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, makan malam perdana ini adalah peluang untuk menyingkap kembali pencapaian bank dan memberi penghormatan kepada insan-insan yang telah membentuk organisasi seterusnya memandang ke hadapan dengan optimis.
“Ketika kami melangkah ke babak seterusnya, komitmen kami kekal teguh untuk
menyokong Malaysia Kita, mengukuhkan perniagaan dan membina hubungan
yang berkekalan dalam komuniti di mana kami berkhidmat.
“Bagi AmBank, hala tuju ini amat bermakna kerana kami turut mengukuhkan
perkongsian strategik kami dengan bank China seperti CCB, ICBC dan Bank
of China, serta entiti China terkemuka untuk menyokong aliran masuk
pelaburan langsung asing ke Malaysia.
“Tambahan pula, kerjasama kami dengan Huawei dalam memperkukuh agenda ESG dan inisiatif transformasi digital mencerminkan visi bersama kami untuk membina masa depan yang mampan dan inovatif,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis makan malam tersebut kelmarin.
AmBank turut menerbitkan buku peringatan ulang tahun ke-50 yang mengisahkan perjalanan AmBank sepanjang lima dekad yang lalu.
Penerbitan itu menggariskan banyak pencapaian yang dicapai sepanjang perjalanan, serta cabaran yang telah ditempuhi oleh Bank.
Pada majlis itu, tetamu telah dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh
Tan Sri Azman Hashim, yang menyerikan majlis dengan diiringi olehPancaragam Universiti Malaya (UM).
Makan malam perdana imi menandakan berakhirnya sambutan setahun yang
menyerlahkan perjalanan AmBank bersama negara. -KOSMO! ONLINE