[VIDEO] Sudah cantik, pandai cakap Tamil pula

12 hours ago 4

PETALING JAYA – Kemahiran seorang wanita fasih bertutur dalam bahasa Tamil menarik perhatian netizen apabila perkongsiannya di media sosial tular baru-baru ini.

Menerusi hantaran video di TikTok, Ayien Elvina berkongsi latar belakang keluarganya yang menjadi pendorong kepada penguasaan bahasa tersebut.

Menurut Ayien, bapanya berketurunan Cina-India menjadikan bahasa Tamil sebagai bahasa utama keluarga mereka, manakala ibunya pula berketurunan Melayu sepenuhnya.

“Bahasa utama bapa saya adalah bahasa Tamil, jadi dari kecil kami adik-beradik sudah dididik untuk bertutur menggunakan bahasa tersebut,” katanya menerusi video tersebut.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa kagum dengan kefasihan wanita tersebut memandangkan ia suatu perkara yang unik dan jarang ditemukan.

“Kau sudahlah cantik tambah lagi boleh cakap bahasa Tamil membuatkan kau sepuluh kali lebih cantik,” kata Nelchu.

“Suka sangat tengok keluarga ini. Inilah apa yang kita mahu, 1 Malaysia. Marilah kita hargai semua bangsa dan budaya yang kita da bersama-sama,” ujar Suha Nair.

Dalam pada itu, orang ramai turut memuji wajah cantik wanita tersebut dan menyifatkan keturunan campuran tersebut sememangnya yang terbaik.

“Cantik mak awak, patut kamu semua adik beradik cantik juga. Muka ayah awak pun kelihatan seperti orang Melayu. Kalau tak bercakap bahasa Tamil memang orang ingat Melayu,” balas Vima.

“Patutlah awak cantik sangat, ayah pun helok, emak awak pun tak kurang helok juga,” komen Rangga Paduri. -KOSMO! ONLINE

@ayien44 My Appa & Amma 🤎. #tiktoktamil #tamilsong #fyp ♬ original sound – Ayien Elvina
Read Entire Article
Pertanian | | | |