PETALING JAYA – Seorang wanita mencetuskan perhatian ramai apabila memaparkan longgokan daging korban yang dipercayai melebihi 20 kilogram (kg) dibuang di kawasan pelupusan sampah di Jeram, Selangor.
Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Hanismuzaini, kelihatan daging mentah tersebut berselerak di atas jalan tar dan dikelilingi sampah sarap lain di kawasan berkenaan.
“Siapa yang tergamak buat begini? Sumpah sebak rasa hati tengok benda ni terjadi. Bukan sikit, banyak,” katanya dalam video berkenaan.
Dalam hantaran lain, pemilik akaun itu memaklumkan beberapa individu telah tampil menguruskan kerja pembersihan sebelum menanam semula kesemua daging berkenaan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap pembaziran yang berlaku terutama pada musim ibadah korban.
“Dah dapat dibuang-buang, yang tak dapat daging ni sedih tengok daging tu dibuang,” kata Hanum.
“Sedihnya tengok daging lembu dibuang macam ini, semasa hayat lembu masih bernyawa, mungkin dia mengeluarkan air mata, dah dikorbankan, begini jadinya,” komen Linda.
“Kalau bukan daging korban pun, tak elok daging tu dibuat macam tu,” ujar Qaisara Hana. – KOSMO! ONLINE
@hanismuzaini VIRAL DAGING KORBAN DIBUANG petang ni LEBIH 20kg area Jeram Selangor. TERGAMAK NYA BUANG SEBEGITU SAHAJA TANPA TANAM ATAU SEBAGAINYA. #dagingkorban #dibuang ♬ Gema Takbir Idul Adha – دحية الكلبي