[VIDEO] ‘Semua dah naik tapi anak pimpin tangan dengan siapa?’

18 hours ago 8

PETALING JAYA – Seorang bapa mendedahkan kisah mistik yang berlaku kepada anaknya sehingga mengundang rasa seram kepada mereka sekeluarga.

Menerusi hantaran di muat naik di TikTok @_arasz, kejadian berlaku pada 31 Mei lalu kira-kira pukul 1.26 pagi.

Dalam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik, kelihatan anak perempuannya sedang memimpin tangan seorang nenek tidak dikenali menaiki tangga rumah.

Lebih menyeramkan, kedengaran bunyi tongkat serta suara ‘nenek’ yang dipimpin itu jelas meminta kanak-kanak tersebut membawanya ke tingkat atas.

Katanya, sebelum kejadian anaknya sering bercakap serta memanggil seseorang digelarkan sebagai ‘nenek’ yang tidak kelihatan pada mata kasar mereka.

“Dalam video tu anak bercakap dan membawa ‘nenek’ pergi ke atas rumah dalam keadaan macam dah kenal lama.

“Untuk pengetahuan, anak berada di bawah rumah seorang diri setelah isteri naik ke atas untuk tidur dan lampu, televisyen semua dah tutup. Tapi anak turun sendiri dan bercakap, membawa seseorang naik ke atas rumah pada pukul 1 pagi,” katanya.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 1.7 juta tontonan, 66,400 tanda suka dan 36,100 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai ‘meremang’ melihat video yang begitu jelas itu serta meminta agar bapa kanak-kanak itu mengikhtiarkan sesuatu agar tidak terus berlarutan.

“Meremang tengok, menyesal buka video ni tengah malam. Bunyi tongkat dan suara tu jelas sangat,” komen Afiq.

“Suara nenek tu, bawa nenek naik ke atas. Lepas tu jalan bunyi tongkat. Minta berubat ya tuan. Risau betul,” komen Iffah.

“Lebih baik abang pergi berubat dengan segera supaya tak berlarutan. Macam-macam boleh jadi kalau dibiarkan,” komen Aishah. – KOSMO! ONLINE

@_arasz Kejadian berlaku 31.5.2025(1:26AM) 5hari yg lalu terakam cctv ruang tamu rumah anak(bubu) bercakap dgn seseorang yg tidak di kenali berada dalam rumah yg mengelar diri(nenek) Anak bercakap dan membawa nenek pergi keatas rumah dlm keadaan mcm da kenal lama,dalam video pun bubu memanggil nenek dan mengajak keatas,wife yg curiga kelakuan anak sblm melihat rakaman cctv,anak sering memanggil ‘nenek nenek’seolah2 anak bercakap dgn seseorang tp tak terlihat dan dlm video vtt ini,anak berada d bawah rumah seorang diri setelah wife naik ke atas utk tdo dan lampu tv semua da di offkan tp anak turun sendiri dan bercakap,membawa seseorang naik ke atas rumah pada pukul 1pagi #rakamancctv #cctvrumah #araszabdullah #fyp ♬ Future – Official Sound Studio
Read Entire Article
Pertanian | | | |