[VIDEO] Salam terakhir buat Kiko

19 hours ago 7

PETALING JAYA – Lembu sado seberat 1.1 tan yang diberi nama Kiko menjadi perhatian netizen apabila haiwan berusia tiga tahun itu bakal dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, esok.

Difahamkan, Kiko telah selamat tiba di Masjid Meranti, Puchong untuk ibadah korban yang dianjurkan pihak Ikhlas.com.

Menerusi satu hantaran video di TikTok milik @Ikhlasdotcom, Kiko kelihatan tenang namun wajahnya seolah-olah menyimpan kesedihan, seakan memahami pengorbanan besar yang bakal dilakukan.

“Dia tidak berkata apa-apa, namun renungan matanya seolah memahami, seakan tahu perjalanan ini adalah satu pengorbanan suci demi meraih reda Ilahi,” tulis pemilik akaun tersebut di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan menyatakan rasa sayu melihat situasi itu.

“Semoga dipermudahkan segala urusan semuanya,” ujar seorang pengguna.

“Kiko pun nampak sedih,” komen pengguna lain.

“Selamat jalan Kiko saya,” kata Fauzi. – KOSMO! ONLINE

@ikhlas.com Alhamdulillah, Kiko selamat tiba di Masjid Meranti, Puchong. “Dia tidak berkata apa-apa, namun renungan matanya seolah memahami, seakan tahu perjalanan ini adalah satu pengorbanan suci demi meraih redha Ilahi.” #korban #rayakorban #lembusado #aidiladha2025 #viral #trending #malaysia #ikhlasdotcom ♬ original sound – IKHLASDOTCOM
Read Entire Article
Pertanian | | | |