[VIDEO] ‘Rider’ ubah laluan mengejut punca kemalangan di MRR2

6 hours ago 8

AMPANG JAYA – Tindakan seorang penunggang p-hailing mengubah laluan secara mengejut dipercayai menjadi punca kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Lotus Ampang, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kejadian sekitar pukul 2.47 petang itu dikesan susulan video tular daripada rakaman kamera papan pemuka daripada salah sebuah kenderaan terlibat.

Menurutnya, hasil siasatan kemalangan dipercayai berlaku semasa ketiga-tiga kenderaan dari arah Pandan Jaya menghala ke Cheras.

“Penunggang motosikal dipercayai secara tiba-tiba mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong sebelah kiri dengan tujuan untuk masuk ke sebuah simpang yang berada sebelah kiri jalan.

“Tindakan terburu-buru itu telah menyebabkan pemandu kereta jenis Honda Civic yang berada di belakangnya mengambil tindakan membrek untuk mengelak melanggar penunggang motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mohd. Azam berkata, dalam kejadian itu, kereta Honda Civid berkenaan telah melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Perodua Ativa yang berada di hadapannya.

“Kesemua kenderaan terlibat hanya mengalami kerosakan dan tidak melibatkan sebarang kecederaan serta kes disiasat di bawah Kaedah 6(1) LN 166/59,” ujarnya.

Tambah Mohd. Azam, pengguna jalan raya diingatkan supaya tidak mengambil keputusan secara drastik atau membuat sesuatu tindakan tanpa berfikir panjang. – KOSMO! ONLINE

Grab rider suddenly switches land, causing the car behind to crash with the front car
byu/RhinneXChronica inmalaysia

Read Entire Article
Pertanian | | | |