[VIDEO] Ramai terkejut tengok keadaan jalan di JRTB, teruk

3 hours ago 2

PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial merakam detik pilu ketika melalui lokasi kemalangan tragis yang meragut 15 nyawa melibatkan sebuah bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak, pagi tadi.

Menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok @Mrsham, video yang dimuat naik memaparkan keadaan bas dan sebuah kereta Perodua Alza yang masih belum dialihkan dari lokasi kejadian.

“Sedih lalu di sini tengok keadaan kemalangan awal pagi yang meragut belasan nyawa pelajar UPSI.

“Semoga roh mereka diletakkan di kalangan orang-orang soleh dan solehah,” tulisnya.

Tinjauan Kosmo! mendapati rata-rata netizen membanjiri ruangan komen untuk meluahkan rasa sedih dan simpati terhadap insiden yang mengejutkan itu.

“Sedih kes anak gajah pun belum hilang lagi, ini kes anak-anak UPSI. Ya Allah sungguh ku doa angkat darjat mereka dan tempatkan roh mereka di taman syurga,” komen Aazlinrossa.

“Banyak sungguh kejadian sedih yang menimpa negara ini. Semoga semua roh pelajar UPSI yang terkorban dicucuri rahmat,” kata Melankolia.

Dalam pada itu, orang ramai turut berpandangan fasiliti jalan raya tersebut perlu dinaik taraf dan diperbaiki demi keselamatan dan untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang pada masa hadapan.

“Jalan Jeli ni patutnya diturap semula dan di upgrade (naik taraf) keadaannya supaya lebih selesa dan selamat digunakan. Tak kan tak letak bajet untuk tujuan itu?” ujar Rosli Zam.

“Teruknya jalan dia. Line putih (garisan putih) pun tiada. Mohon pihak kerajaan akan ubah jadi lebih baik nanti,” balas Noras Rahman.

“Teruknya permukaan jalan. Kata Malaysia maju tapi jalan persekutuannya buruk,” kata Orkid1.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seramai 15 pelajar dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa penuntut UPSI dengan sebuah Perodua Alza di JRTB, Gerik, pagi tadi.

Difahamkan bas UPSI itu dalam perjalanan ke kampus Universiti itu dari Jerteh, Terengganu. – KOSMO! ONLINE

@mrshamamir sedih lalu d sini tngok kadaan kemalangan awal pagi yg meragut belas² nyawa pelajar upsi…semoga roh mereka d tmpatkan d kalangan org² yg soleh dn solehah…al fatihah #fyppppppppppppppppppppppp #4upage #fyp #4u #bmwrt1250 #abamrider #sayangmak ♬ original sound – mr sham
Read Entire Article
Pertanian | | | |