PETALING JAYA – Seekor gajah mencuri tumpuan ramai apabila haiwan liar itu dilihat terpaku menghadap papan tanda yang memaparkan ‘dirinya’.
Papan tanda bertulis ‘Awas, pandu perlahan’ dengan lukisan gambar haiwan itu turut disertai lampu yang berkelip-kelip bagi memastikan pengguna di laluan berkenaan berjaga-jaga dengan kehadiran gajah liar di kawasan tersebut.
Video yang dikongsikan oleh pengguna media sosial @abelori disertai tanda pagar #gengbukitgerik itu dihujani dengan reaksi netizen yang meninggalkan pelbagai komen-komen lucu seolah-olah dapat ‘membaca’ isi hati gajah tersebut.
“Gajah: Bahaya sangat ke aku ni sampai orang letak papan tanda,” komen @Fit.
“Gajah: Pejamkan mata dan bayangkan muka aku ja,” tulis @Zul.
“Mesti dia tengah hairan siapa yang ambil gmbar dia,” ujar @malap.
“Dekat sejam aku duk layan komen kau orang,” kata @NesloAis. – KOSMO! ONLINE
@abelori5459 Knapa kau menyala,kau mkn lampu ke🤣🤣🤣#fypシ #fyp #fypシ #fyp #gengbukitgerik #scania ♬ Kau tinggal sini ke – Upin & Ipin Official