Amalkan ‘healthy relationship’ Fattah tabik hormat Pekin

9 hours ago 5

KUALA LUMPUR – Masih menerima pujian secara terbuka daripada Pekin Ibrahim, pelakon Fattah Amin sangat berbesar hati memiliki rakan seindustri yang disifatkan sangat baik.

Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, mengakui Pekin yang dikenali sejak zaman belajar merupakan individu yang murah kata-kata positif.

“Saya tak ada ramai sangat rakan terutama dalam industri, jadi saya berbangga dan terharu dapat kawan baik macam Pekin.

Tak sangka dia antara kawan yang nak suarakan fasal saya sebab kita dalam industri sangat sibuk, jumpa pun waktu jalani penggambaran selepas itu buat hal masing-masing. Tiada pun melepak.

“Pekin antara kawan lama yang saya kenali dan dia selalu cakap benda-benda positif. Itu adalah ‘healthy relationship’ (perhubungan secara sihat) antara kita kawan-kawan industri. ,” katanya kepada Kosmo! Online semasa Majlis Rumah Terbuka Usanita, baru-baru ini.

Pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu juga terkejut dan tidak menjangka dipuji Pekin walaupun hubungan mereka tidak sebegitu akrab.

Dia bahkan mahu mencontohi sikap Pekin yang sentiasa menyokong rakan industri lain.

“Saya tidak jangka langsung, saya dan Pekin memang betul-betul jumpa waktu buat projek bersama. Bukannya kita ada lepak.

“Tetapi tak adalah kami rapat macam kawan baik, tak sangat. Dia pun saya tengok suka sokong filem-filem artis lain dan akan muat naik dalam Instagram.

Pekin antara contoh rakan-rakan artis yang saya pandang tinggi dan hormat. Saya sebenarnya nak jadi macam dia sentiasa bawa positiviti dalam kalangan rakan-rakan,” jelasnya.

Baru-baru ini, Pekin memuji Fattah seorang ‘family man’ yang sering meluangkan masa buat panggilan video dengan anak perempuannya, Fatima sepanjang dua bulan menjalani penggambaran filem Kulit Wayang di Terengganu.

Dia juga antara individu yang pernah mempertahankan Fattah sewaktu berdepan kemelut rumah tangga dan dakwaan berlaku curang. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |