PETALING JAYA – Sepasang pengantin mencuri tumpuan apabila memilih majlis kahwin bertemakan eksotik dengan kehadiran haiwan seperti ular, katak, burung, ayam dan sesumpah.
Menerusi video yang dimuat naik @Afifah_events di TikTok, para tetamu yang hadir kelihatan begitu teruja apabila diberi peluang untuk bermain dan bergambar dengan haiwan berkenaan sepanjang majlis berlangsung.
“Serius, sepanjang kami urus beratus-ratus majlis, yang ni paling ‘win’ (menang)! Majlis tetap secara intim, tapi aura bukan biasa-biasa,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Rata-rata pengguna media sosial kagum dengan kelainan yang ditonjolkan oleh pasangan pengantin tersebut pada hari bersejarah mereka.
“Kalau doktor gigi pula? Nak bagi ‘doorgift’ (cenderahati) gigi palsu ke?,” seloroh Fatien.
“Okay faham. Nanti kalau kahwin dengan cikgu Sejarah kena buka muzium,” balas @Anyaefforger.
“Ini bukan tema kahwin ‘aesthetic’ (estetik), tapi eksotik,” kata @R3do4n. – KOSMO! ONLINE
@afifah_events Serius, sepanjang kami urus beratus majlis… yang ni paling WIN habis ! 🤣🫶🏼Majlis tetap intimate, tapi vibes dia bukan biasa-biasa. . . . 📩 Nak majlis yang orang tak lupa sampai cucu? DM kami sekarang. Pakej lengkap, tempat cantik, team onz! #SeriSiantanWedding #AfifahEvents #fyppppppppppppppppppppppp #weddingtiktok #kendurikahwin #WeddingWithPettingZoo #MajlisKampungLevelUp #KahwinTapiAdaKambing ♬ original sound – afifah_events