[VIDEO] ‘Pak cik tengah tahan air mata kan…’

1 day ago 8

PETALING JAYA – Seorang jemaah haji tidak dapat menahan rasa sebak apabila akhirnya berjaya bertemu semula dengan suaminya yang terpisah semasa perjalanan antara Muzdalifah dan Mina.

Momen menyayat hati itu dimuat naik oleh pengguna TikTok @Idsyifa yang memaparkan wanita berkenaan berjalan dengan laju ke arah suaminya sebelum dia menangis dengan penuh emosi.

“Sang isteri selalu berdoa setiap waktu agar suaminya segera ditemukan dan doanya dijawab Allah, akhirnya mereka dipertemukan kembali,” tulis pemilik akaun di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh dengan kisah penuh kasih sayang itu.

“Pak cik tengah tahan air mata kan pak cik… sebab tu pak cik bebel pandang mak cik kejap-kejap je,” kata Syira Razak.

“Perempuan sampai tua tetap seperti anak kecil ya kalau nangis,” komen Nasyieqin Hamzah.

“Abah saya tak dapat hubungi mama masa kat Arafah… menggelabah dia cari, siap telefon kami di Malaysia tanya kot-kot boleh ‘call’ (buat panggilan) mama… bila dia dapat jumpa mama, seronoknya bukan main,” kongsi Elaina. – KOSMO! ONLINE

@k4dang_kidding Sang istri selalu berdoa setiap waktu agar suaminya segera ditemukan. Dan doanya dijawab oleh allah, akhirnya mereka dipertemukan kembali🙏🏻🥺🥹😭 #haji2025 #ibadahhaji #jemaahhaji #haji2025🤲🏻🕋 #kemenag ♬ Tak Kan Terganti – Shabrina Leanor & Yovie Widianto
Read Entire Article
Pertanian | | | |