[VIDEO] Kepala berbeza, tapi ada rasa yang sama

1 day ago 8

PETALING JAYA – Gelagat spontan penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan bola sepak antara skuad Harimau Malaya menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi mencuri perhatian yang menghiburkan netizen.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok oleh pengguna @Q.B.I, kelihatan sekumpulan penyokong secara serentak memegang kepala mereka yang menjadi reaksi spontan terhadap detik cemas ketika pemain negara, Arif Aiman Hanapi, hampir menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

Aksi serentak itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, dengan ramai pengguna terhibur melihat keserasian spontan dalam kalangan penyokong yang begitu bersemangat menyokong pasukan negara.

“Ini punca bola chip (hantaran bola lambung) Arif Aiman tidak masuk gol ini,” tulisnya pada ruangan kapsyen klip itu.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan orang ramai turut berkongsi reaksi masing-masing ketika menyaksikan detik cemas tersebut, meskipun berada di lokasi berbeza.

Penyokong pasukan tanah air mengakui terkesan apabila pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu gagal menyempurnakan peluang keemasan untuk menjaringkan gol, sekali gus mencetuskan rasa kecewa.

“Kitorang yang tengok dekat kedai mamak pun semua pegang kepala,” kata Amir Hamizan.

“Eh kebetulan aku dekat rumah pun pegang kepala juga,” komen Rie.

“Saya ada dekat rumah waktu ini saya pegang kepala Pak Cik jiran rumah sebelah saya sahaja bang,” balas Rizzman7. -KOSMO! ONLINE

@q.b.i Ini punca bola chip arif aiman x goll ni @ERA @Jat @insta360_official #insta360x4 #malaysiavsvietnam #fyp #afc #bolasepak ♬ Funny – Gold-Tiger
Read Entire Article
Pertanian | | | |