Jualan edisi terhad Monopoly Sunway untuk peminat permainan

1 day ago 8

PETALING JAYA – Peminat Monopoly boleh mendapatkan edisi khas permainan yang berkaitan dengan pembangunan bersepadu Sunway City Kuala Lumpur.

Seolah melangkah dalam dunia hartanah yang penuh imaginasi, berinovasi dan ikonik, permainan tersebut membawa pemain merasai transformasi yang dilalui oleh Sunway untuk menjadi sebuah projek pembangunan bandar baharu yang kini meliputi kawasan seluas 320 hektar serta diduduki oleh lebih 200,000 residen, pelajar dan profesional.

Melalui pembangunan tersebut, ia kini memiliki nama-nama destinasi pelancongan yang po­pular seperti Sunway Resort Hotel, Sunway Pyramid Hotel, Sunway Lagoon Hotel, Sunway Pyramid Mall, Sunway Lagoon Theme Park, Sunway University dan Pusat Perubatan Sunway.

Menurut kenyataan, setiap perincian di dalam permainan tersebut dipilih dan disusun dengan teliti, setiap jubin hartanah direka khas dengan token yang unik mewakili bahagian utama Sunway meliputi hospitaliti, pendidikan, penjagaan kesihatan, peruncitan dan juga pelancongan.

“Edisi khas Monopoly: Sunway City Kuala Lumpur bukan sekadar permainan tetapi ia adalah satu peluang untuk meneroka sebuah bandar yang dibina atas konsep mimpi, kelestarian dan juga komuniti,” katanya.

Permainan tersebut boleh dibeli di beberapa hotel Sunway, Gordon Ramsay Street Pizza, Black Tap Craft Burgers & Shakes. Pyramid Hotel, Sunway Lagoon Hotel dan juga Taman Tema Sunway Lagoon dan juga outlet berkaitan dengan Sunway. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |