TAPAH – Sebanyak 45.01 peratus daripada 31,281 pemilih yang layak mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah menunaikan kewajipan masing-masing setakat pukul 2 petang tadi menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Peratusan itu masih rendah berbanding sasaran SPR iaitu 70 peratus sebelum pukul 6 petang ini.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun memohon pengundi keluar awal kerana kebiasaannya hujan pada waktu petang di negeri ini. – KOSMO! ONLINE