PRK Ayer Kuning: Hanya 54.01 peratus mengundi setakat 4 petang

5 hours ago 5
  • Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
  • 26 April 2025, 4:25 pm
Ramlan (tiga dari kanan) bercakap pada sidang akhbar di SMK Bidor di Tapah hari ini.

TAPAH – Hanya 54.01 peratus pemilih yang layak telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang berlangsung hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sebelum ini memaklumkan, hanya 50.18 peratus pemilih telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat pukul 3 petang tadi.

Seramai 31,281 pemilih layak untuk mengundi pada PRK Ayer Kuning hari ini yang berlangsung ekoran kematian penyandang kerusi DUN berkenaan, Allahyarham Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |