Lima pekerjaan paling bahaya di dunia, no.5 paling tak sangka

1 month ago 49

DI sebalik setiap kemudahan dan keselesaan yang dinikmati masyarakat umum, terdapat insan-insan yang bertungkus lumus memastikan setiap proses berjalan lancar.

Individu-individu terlibat sanggup mengerah keringat dan mempertaruhkan nyawa melakukan kerja-kerja berbahaya demi menyara keluarga masing-masing.

Walaupun menghadapi cabaran getir pada setiap hari, mereka memainkan peranan penting dalam mengekalkan industri dan infrastruktur di seluruh dunia.

Dalam artikel ini, kami menyenaraikan lima pekerjaan paling berbahaya di seluruh dunia sebagaimana yang dilaporkan CEOWORLD magazine.

1. Pekerja pembalakan
Kadar kecelakaan/maut (fatal) : 111 bagi setiap 100,000 orang


Pekerja pembalakan penting kerana mereka menyediakan kayu untuk sektor pembinaan, pembuatan kertas serta perabot.
Namun, kesilapan dalam mengendalikan jentera pembalakan seperti gergaji rantai dan mesin penuai boleh menyebabkan kecederaan serius. Selain itu, waktu pekerjaan yang panjang dan keadaan cuaca melampau menambah tekanan fizikal dan mental sekali gus meningkatkan risiko kematian.

2. Juruterbang pesawat dan jurutera penerbangan
Kadar kecelakaan/maut: 53 bagi setiap 100,000 orang

Pemandu pesawat bukan syarikat penerbangan komersial dikatakan antara kerjaya yang paling berbahaya.
–GAMBAR HIASAN

Juruterbang pesawat dan helikopter hadapi risiko lebih besar berbanding juruterbang syarikat penerbangan komersial. Mereka bertanggungjawab untuk menerbangkan penumpang, kargo dan perkhidmatan penting merentasi jarak jauh. Antara risiko ditempuh adalah cuaca tidak menentu, keadaan bentuk muka bumi sukar serta sokongan terhad di kawasan-kawasan pedalaman.

3. Pengendali sektor minyak, gas dan perlombongan
Kadar kecelakaan/maut: 46 bagi setiap 100,000 orang

Pekerja pembalakan disenaraikan sebagai pekerjaan paling berbahaya di dunia. – Gambar hiasan

Pekerja pengendali membantu mengekstrak sumber berharga seperti minyak, gas dan mineral sebagai sumber tenaga untuk pelbagai industri. Mereka perlu bekerja pada kedudukan yang tinggi di pelantar minyak atau platform perlombongan sekali gus meningkatkan risiko jatuh.
Selain itu, terdapat risiko letupan disebabkan oleh gas dan bahan mudah terbakar serta terdedah kepada pencemaran udara akibat letupan tersebut.

4. Pekerja kepakaran bumbung (roofers)
Kadar kecelakaan/maut: 41 bagi setiap 100,000 orang

Tugas pemasangan dan pembaikian bumbung penting bagi keselamatan dan keselesaan penghuni sesuatu kediaman atau bangunan. Namun, pekerja kepakaran bumbung terlibat menghadapi risiko tergelincir dari kedudukan tinggi akibat permukaan tidak stabil dan cuaca tidak menentu.
Selain itu, mereka juga berisiko mengalami kemalangan ketika mengendalikan alat dan bahan berat.

5. Pengutip sampah
Kadar kecelakaan/maut: 34 bagi setiap 100,000 orang

Pekerja pengutip sampah terdedah kepada bahan berbahaya seperti objek tajam dan bahan kimia toksik. – GAMBAR HIASAN

Biarpun jarang diberi penghargaan, namun pengutip sampah memainkan peranan penting bagi memastikan keadaan komuniti kekal bersih dan sihat.
Mereka terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya ketika mengendalikan sisa sampah di kawasan lalu lintas yang tinggi.
Selain itu, mereka mengendalikan bahan berbahaya termasuk objek tajam, bahan kimia toksik dan biobahaya yang boleh menyebabkan kecederaan dan kecelakaan.

Read Entire Article
Pertanian | | | |