KOTA TINGGI – Seramai 349 mangsa banjir daripada 104 buah keluarga di daerah ini ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah inu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, tiga PPS itu adalah di Dewan Muafakat Taman Desaru, Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar.
Katanya, dua PPS iaitu Dewan Muafakat Taman Desaru dan Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar menunjukkan trend peningkatan manakala PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas menunjukkan penurunan.
Tambahnya, pemantauan keadaan cuaca juga mendapati sehingga pukul 4 petang ini semua daerah di Johor berada dalam keadaan mendung dan paras air Sungai Sedili Kecil di Sedili Kecil juga merekodkan pada paras amaran iaitu 2.20 meter.-KOSMO! ONLINE