KPDN Terengganu kompaun 24  peniaga sepanjang musim Aidilfitri

3 hours ago 3
  • Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN
  • 20 April 2025, 2:33 pm
Mohd. Mufsi (tiga dari kiri) beramah-mesra dengan sebahagian tetamu majlis Apresiasi Kepenggunaan sempena Hari Raya Aidilfitri di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Seramai 24 peniaga di Terengganu telah dikompaun setelah didapati melakukan kesalahan kepenggunaan sepanjang penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri baru- baru ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, Mohd. Mufsi Lat berkata, seramai 20 peniaga terbabit didapati melanggar Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 manakala bakinya Akta Timbang dan Sukat 1972.

“Antara kesalahan yang dikenal ialah tidak mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan atau tamat tempoh.

“Sebahagian mereka juga tidak memasang tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal sewaktu tempoh SHMMP Hari Raya Aidilfitri antara 24 Mac hingga 7 April lalu,” katanya ketika ditemui pada majlis Apresiasi Kepenggunaan sempena Hari Raya Aidilfitri.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |