Isteri dirasuk, suami telefon bomba minta halau hantu

17 hours ago 7
Seorang anggota bomba cuba menghalau hantu yang merasuki seorang wanita di Tangerang. - Instagram
  • Oleh KOSMO
  • 1 Ogos 2025, 7:30 pm

JAKARTA – Pasukan bomba dan penyelamat berdepan detik seram apabila menerima panggilan kecemasan tetapi diminta untuk membantu seorang wanita yang dirasuk, lapor portal berita Nasional. 

Kejadian pelik itu berlaku di Tangerang, wilayah Banten baru-baru ini. 

Rakaman video di platform Instagram oleh akaun @bpbd.kabtangerang menunjukkan seorang anggota bomba dikenali sebagai Dery, cuba menghalau hantu dengan memintanya keluar daripada tubuh wanita tersebut.

Menurut Dery, dia menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki untuk membantu isterinya yang dirasuk. 

“Ia adalah kejadian benar, bukan gimik. Saya dipanggil oleh si suami untuk membantu isterinya yang dirasuk,” kata Dery semalam. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |