
- Oleh HALISYA ISMA ZULKURNAIN
- 17 September 2025, 5:10 pm
PETALING JAYA – Penduduk di negeri Sarawak dan beberapa daerah sekitar Sabah bakal berdepan cuaca buruk sehingga pukul 9 malam ini.
Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau) di Sarawak.
Selain itu, kawasan yang dijangka terjejas adalah di Sabah adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran). – KOSMO! ONLINE