[VIDEO] ‘Kurus setahun duduk dalam tong…minum air ja’

1 hour ago 2

PETALING JAYA – “Hari ni nak pakai tong, buka tengok ada haruan. Setahun duduk dalam tong, minum air ja”.

Itu perkongsian seorang lelaki mengenai penemuan seekor ikan haruan di dalam sebuah tong dengan keadaan yang cukup menyedihkan.

Lelaki itu menerusi profil @Iqbal Adzrin di media sosial berkata, ikan berkenaan antara yang dimasukkan ke dalam tong berkenaan setahun yang lalu.

“Tahun lepas isi dalam tu. Hujan air masuk, ada lubang keluar daripada melimpah,” katanya selepas disoal netizen apakah air di dalam tong berkenaan tidak mengering.

Individu berkenaan turut berkongsikan video yang jelas memaparkan ikan berkenaan ditemui dalam keadaan kurus kering namun masih bernyawa.

Hantaran itu meraih pelbagai respons netizen yang meminta supaya ikan itu dilepaskan ke habitatnya, namun ada juga yang mendesak agar ia dirawat terlebih dahulu.

“Tak apalah, bukan sengaja pun kan. Allah yang bagi rezeki dekat ikan tu untuk terus hidup. Yang berdosa tu kau orang yang bergaduh sesama sendiri,” ujar @Sissi.

“Lepas ja lah bang. Biar dia dapat merasai nikmat makanan yang banyak terdapat dalam sungai atau tali air tu,” saran @Z.

“Biasa rawat dulu sampai boleh makan apa semua. Kalau lepas terus dalam keadaan lemah, memang tak ada peluang nak bertahan cari makanan sendiri,” komen netizen lain. – KOSMO! ONLINE

@penghibur_sepi hari ni nak pakai tong buka2 tengok ada haruan…tapi…😫😫😫 #brandatiktok #foryou #haruancore #fyppppppppppppppppppppppp #ditaja🇲🇾 ♬ Lantunan Guluncam Sedih – Aslamiyah
Read Entire Article
Pertanian | | | |