Profesor Lin anjur pameran terbaharunya di Hôtel de l’Industrie di Paris

2 hours ago 1

PETALING JAYA – Seniman kemanusiaan terkenal, Profesor Lin Xiang Xiong (Profesor Lin)  yang juga pengasas Galeri Seni Lin Xiang Xiong di Pulau Pinang, telah mempersembahkan pameran terbaharunya, The Vicissitudes of Life di Hôtel de l’Industrie di Paris dari 10 hingga 13 September lalu

Pameran itu mendapat sokongan padu daripada institusi utama Perancis dan bekas Presiden Perancis François Hollande menjadi Penaung Kehormat manakala bekas Perdana Menteri Perancis, Jean-Pierre Raffarin secara peribadi menghadiri perasmian itu. 

Menampilkan 25 karya asli oleh Profesor Lin, pameran tersebut  meneroka tiga tema iaitu anti-perang, anti-kemiskinan dan anti-pencemaran  yang mana dengan jelas.

Ia juga menjelmakan visi beliau tentang “Seni untuk Keamanan, iaitu” sebuah konsep yang melampaui estetika dan berusaha untuk memberi inspirasi kepada refleksi moral serta pemahaman antara budaya.

Menurut beliau, pameran ini lebih kepada kebangkitan pemikiran daripada persembahan seni.

 “Setiap sapuan berus adalah kesaksian masa, dialog senyap antara masa lalu dan masa kini, kesakitan dan penyembuhan.

“Sama ada melalui pameran atau penubuhan Hadiah Keamanan, saya berharap seni bukan semata-mata untuk dikagumi tetapi benar-benar dapat menyentuh hati, berfungsi sebagai jambatan antara budaya, dan membangkitkan hati nurani yang lembut di dalam diri manusia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

 Semasa pameran itu berlangsung, satu simposium akademik peringkat tinggi telah diadakan yang  menghimpunkan cendekiawan terkemuka antarabangsa, ahli falsafah dan pemimpin budaya untuk merenungkan perkara bertajuk ‘Dialog Antara Budaya di Persimpangan’ dan ‘Membina Semula Konsep Keamanan Melalui Seni.’ 

Penceramah terkenal yang menyertai pameran tersebut termasuklah penulis Perancis dan aktivis hak asasi manusia Marek Halter, ahli falsafah terkenal dan ahli sinologi François Jullien, penerbit intelektual François L’Yvonnet, kurator dan ahli sosiologi Switzerland Barbara Polla.

Turut hadir ialah penasihat khas kepada Presiden Institut Dunia Arab Claude Mollard, penasihat diplomasi kebudayaan Yves Corene Air Force, dan pesara Tentera Udara Perancis Yves Marek. 

Sepanjang perbincangan tersebut, Profesor Lin berkongsi pandangan uniknya tentang masa, seni dan intipati keamanan, mencetuskan resonans yang kuat dan dialog yang mendalam.

 Dalam pada itu,  majlis sulung bertemakan ‘Hadiah Seni untuk Keamanan Lin Xiong’ telah diadakan dengan jayanya sehingga menarik penyertaan daripada  1,883 penyertaan dari 100 negara di seluruh dunia.

Sambutan yang menggalakkan ini menekankan pengiktirafan luas terhadap advokasi ‘Seni untuk Keamanan’ Profesor Lin bagi, menyuarakan aspirasi bersama dunia hari ini. 

Beliau memaklumkan, anugerah itu akan ditubuhkan sebagai acara dwitahunan, diteruskan sebagai inisiatif seni utama yang didedikasikan untuk keamanan.

 “Pameran ini lebih kepada kebangkitan pemikiran daripada persembahan seni,” kata Profesor Lin Xiang Xiong.

Selain itu, pameran tersebut bakal menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan artistik Profesor Lin dan menandakan pembukaan Galeri Seni Lin Xiang Xiong di Pulau Pinang, yang dijadualkan pada pertengahan Disember 2025. 

Berkeluasan 8,000 meter persegi, galeri itu akan menempatkan karya-karya utama Profesor Lin dan juga menyediakan platform untuk artis-artis baharu muncul untuk mengejar impian mereka. 

Ia akan berdiri sebagai salah satu galeri seni persendirian terbesar di rantau ini, mengukuhkan peranan Malaysia sebagai hab diplomasi budaya dan persefahaman antara budaya di Asia Tenggara. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |