
- Oleh KOSMO
- 17 September 2025, 8:00 pm
BANGKOK – Penduduk Nikhom Phatthana di wilayah Rayong resah apabila seekor buaya sepanjang 2 meter dirakam merangkak di sebatang jalan yang dinaiki air banjir, lapor laman berita Thaiger.
Beberapa kawasan di wilayah itu terjejas akibat banjir kilat minggu lalu, menyebabkan sebilangan kawasan perumahan dinaiki air.
Namun, selepas air sedikit surut, seorang penunggang motosikal merakam video seekor buaya ‘sesat’ di tengah jalan.
Reptilia itu berlegar-legar seketika sebelum menghilangkan diri di kawasan tepi jalan.
Selepas beberapa hari, buaya itu masih belum dapat ditangkap, manakala asal-usulnya tidak diketahui. – AGENSI