Budak 4 tahun jatuh bangunan semasa tidur berjalan

2 hours ago 2
Mangsa terjatuh di sebuah blok apartmen di Alicante. - Getty Images
  • Oleh KOSMO
  • 17 September 2025, 3:44 pm

ALICANTE, SEPANYOL – Seorang kanak-kanak berumur empat tahun meninggal dunia akibat terjatuh dari balkoni  tingkat lima sebuah bangunan semasa berjalan dalam tidur, lapor akhbar Metro UK semalam.

Mangsa  jatuh sejurus selepas pukul 5 pagi (waktu tempatan) di sebuah blok apartmen di bandar Alicante, Sepanyol.

Dia meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah.

Kedua-dua ibu dan bapa mangsa tidak berada di tempat kejadian dengan laporan menunjukkan bahawa dia ditinggalkan bersama kakaknya yang berusia 15 tahun dan adik lelaki berumur setahun.

Polis mendapati kematian mangsa adalah tidak disengajakan dan berkata, kanak-kanak itu bangun daripada  katilnya dan berjalan dalam  keadaan mata tertutup pada awal pagi.

Dia kemudian memanjat pagar balkoni sebelum hilang imbangan dan jatuh ke bawah.

Mangsa menghempap sebuah kereta sebelum terjatuh di atas tanah. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |